Akaun pastialazim.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
DANA SUMBANGAN PEMBANGUNAN PASTI AL AZIM, MAMPAN, PARIT SULONG
DANA SUMBANGAN PEMBANGUNAN PASTI AL AZIM, MAMPAN, PARIT SULONG

Assalamualaikum. Sahabat-sahabat sekalian, kami dengan rasa rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada sahabat-sahabat untuk pembangunan PASTI Al-Azim Mampan, Batu Pahat Johor.

Projek ini terpaksa dihentikan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung bermula 18 Mac 2020 sekaligus menyebabkan kekurangan penyumbang projek ini. Walaubagaimanapun kami tetap komited untuk menyiapkan pembangunan ini sekurang-kurangnya 2 buah kelas dapat digunakan untuk sesi 2021.

Bagi tahun 2020 ini, kami terpaksa menumpangkan anak-anak PASTI kami di sebuah PASTI lain (PASTI Nur Muhammad) di Peserai Batu Pahat kerana bangunan asal PASTI kami sudah terlalu uzur.

Pembinaan PASTI Al Azim yang baru tidak dapat kami tangguhkan walaupun dana kami masih belum mencukupi kerana kami telah pun diberikan sebidang tanah oleh Allaharyamah Hajjah Zainab Binti Ilyas, dan urusan-urusan melibatkan hak milik tanah selesai pada akhir 2019.



Kerja-kerja pembinaan sedang berjalan



Kerja-kerja pembinaan sedang berjalan


Oleh itu, kami ingin menjemput sahabat-sahabat sekelian bersama-sama dengan kami membantu pembinaan bangunan PASTI Al Azim yang baru.

Allah berfirman didalam surah Al Hadid ayat 18 :

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas),akan digandakan balasannya (denganberganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akanberoleh pahala yang mulia”.

Bangunan Pasti Al Azim yang baru adalah sebesar 6000 kaki persegi dengan 3000 kaki persegi tingkat bawah dan 3000 kaki persegi tingkat atas (berdasarkan pelan pembangunan asal) dengan tingkat bawah berfungsi sebagai kelas Pasti dan tingkat atas sebagai pusat pentadbiran, bilik mesyuarat dan lain-lain.




Anggaran kos pembinaan adalah sekitar Ringgit Malaysia 350,000.00 – 400,000.00 bagi kos bangunan sahaja, dengan 3 kelas Pasti sebuah dewan serbaguna. Anggaran 3 buah kelas ini dapat menampung seramai 60 orang murid berbanding bangunan lama yang hanya dapat menampung maksima 20 orag murid sahaja dalam satu-satu masa.


Sebarang pertanyaan & maklumat mengenai Dana Pembangunan ini boleh hubungi :

1.Pengurus PASTI Al Azim di talian 013-734 4153 (Tuan Haji Selamat)
2. AJK Pembangunan PASTI Al Azim 011-5857 6489 (Norhisham Amar)
3. AJK Pembangunan PASTZI Al Azim 019-723 0503 (Salman Al Parisi )

 email pastialazim@gmail.com.


Kami mengalu-alukan sumbangan persendirian dan korporat, termasuk sumbangan bahan-bahan binaan.